..................................................................................................

Monday, February 23, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang....

Salam semua...

lame xupdate blog ni...laptop rosak plak..leceh tol..susah nk onnline...
skg ni guna monitor mmber..sat g nk pulang balik..so before aku anto monitor ini ke tuan dier..
aku nk dedicate lagu ni untuk buah hati kesayangan aku...jeng..jeng..hehe




Sayangku..
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta kita....

mungkin....


di suatu hari kau datang dan bertanya padaku

apa yg lebih penting...




Diri mu atau nyawaku...


lalu ku menyatakan bahawa nyawaku lebih penting...

dan kau pun berlalu dgn kekecewaan..


tanpa pernah kau sedari...

kau lah nyawaku itu...




sesungguh nya kau adalah cinta dan nyawa dalam hidupku ini!!

Happy our 29th Month Anniversary my love!!



Warning : Entry ini hanya akan mula di publishkan pada 25 Feb 2009.





Sunday, February 1, 2009

My Precious.

Asiah - Nama isteri Firaun, obat

Demikian adalah cerita di sebalik nama Asiah....

Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya. Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.








Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.
Kemudian Fir’aun berkata: “Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:

1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.

2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.

4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.


Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.
Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.

Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.

Pada suatu hari ketika Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, sisirnya jatuh dan ketika hendak mengambilnya, Masyitah seraya berkata:
“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”. Mendengarkan akan ucapan Masyitah, Puteri Fir’aun telah menegur Masyitah dan beliau rasa tersinggung dengan ucapan Maysitah itu. Beliau telah melaporkan kepada ayahandanya. Masyitah tidak sedikit pun berasa gentar dengan kata-katanya itu. Masyitah akhirnya telah dipanggil oleh Fir’aun dan Fir’aun telah bertanya kepada Masyitah tentang ucapannya itu dan siapakah Tuhan yang disembahnya. Masyitah telah mengaku tentang apa yang telah diucapkannya dan dengan beraninya berkata: “Tiada Tuhan selain Allah SWT yang sesungguhnya menguasai segala alam dan isinya” Mendengar jawapan dari Masyitah, Fir’aun menjadi amat marah dah memerintahkan pengawalnya untuk memanaskan minyak di dalam kuali yang besar, maka minyak itu dipanaskan sehingga mendidih, kemudian orang ramai dipanggil untuk menyaksikan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Masyitah.

Masyitah sekali lagi dipanggil oleh Fir’aun dan diberi pilihan iaitu:

(i) Jika Masyitah ingin selamat bersama kedua anaknya, beliau haruslah engkar terhadap Allah SWT.
(ii) Masyitah haruslah mengaku bahawa Fir’aun adalah Tuhan yang disembah. Jika tidak mengaku Fir’aun sebagai Tuhannya, Masyitah akan dimasukkan ke dalam kuali bersama anak-anaknya.


Akan tetapi Masyitah tetap dengan pendiriannya yang beriman kepada Allah SWT. Masyitah pun membawa kedua anaknya itu untuk menuju ke kuali tersebut. Beliau memandang akan anak yang sedang menyusu yang berada dalam pelukannya. Tetapi dengan takdir Tuhan, anaknya yang masih kecil itu pun berkata supaya jangan takut dan sangsi kerana kematiannya itu akan mendapat ganjaran dari Allah SWT dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan mereka.
Kemudian Masyitah dan anak-anaknya pun terjun ke kuali yang mendidih tersebut tanpa mengeluarkan jeritan dari mulutnya. Dan saat itu pun terjadi keanehan di mana tiba-tiba terciumlah bau wangi yang harum semerbak dari kuali itu. Asiah yang telah menyaksikan kejadian itu telah memarahi Fir’aun dengan kata-kata yang pedas dan tidak sudi lagi menjadi isteri Fir’aun dan sanggup mati seperti Masyitah. Mendengar ucapan Asiah, Fir’aun telah menjadi marah dan menganggap bahawa Asiah gila. Fir’aun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum sehingga Asiah meninggal dunia.

Tetapi sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ia sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Fir’aun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Fir’aun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”. (Surah At-Tahrim: Ayat 11) Demikianlah kisah Asiah dan Masyitah, semoga kita dapat mengambil iktibar dan mengikuti jejaknya, hingga kedua-duanya meninggal dalam keadaan iman yang teguh terhadap Allah SWT. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada keduanya. Amin….

Begitulah hebatnya wanita yg bernama Asiah dan Masyitah. Tiada lagi wanita seperti itu di dunia ini..pada zaman ini. Jika ada pun..mereka hanya memilik 1/4 atau mungkin kurang lagi dari sifat2 yg ada pada Asiah isteri kepada Fir'aun.

Adakah wanita bernama Asiah yg akan menjadi permaisuri hatiku? Asiah yg aku kenal tidak sehebat Siti Asiah tetapi Asiah yg ku kenal adalah seorg yg kuat,berani, tegas dan degil. Tapi dia juga seorg insan yg lemah sama seperti insan2 lain. Kuat menangis dan merajuk.


Memang aku menaruh harapan yg tinggi tetapi harapanku itu seringkali disusuli dgn usaha2 yg tidak berbelah bagi utk mendapatkan cintanya. Begitu hebat wanita bernama Asiah ini bagiku..yaa..aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah menemukan kami berdua....


Aku berdoa semoga ada jodoh antara kami. Cintaku padanya tidak pernah berbelah bagi.
Dia terlalu istimewa bagiku. She is my precious.

Tuesday, January 20, 2009

Idaman hati....

I want a gurl who....

always love me no metter what happen,
will be with me as long as I want she too until the end,
tell me that I mean a world to her,
love me with all her heart,
thankfull to God because have me,
free to talk anything with me,
can be herself when be with me,
want to be my soul that she willing to die if she ever lose me,
trust me with her heart,
made my life complete,
never regret the decision when she choose me to be her love,
love me because who i am....



Last word from me...

Never take someone for granted. Hold every person close to your heart
because you might wake up one day and realize that you have lost a diamond while you were too busy collecting stones..

Wednesday, January 14, 2009

Siapakah anda?

Pernah tak korg tanye diri korg siapakah korg sebernarnya? Mcm manakah perangai kter?
Untuk mengenali siapa kter..mari sama2 kita nilai diri masing2..


Siapakah orang yang sombong?


Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?


Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sumber :Megasutra




Monday, January 12, 2009

AYAM DEN LOPEH...

Semalam..tanggal 11 Januari 2009 bersamaan dengan bufday Ct Nurhaliza..hehe
ayam peliharaan abah aku selamat mendapat 6 ekor anak..

jom kiter ngk ibu ayam bersama dengan anaknye..hehe



comel x? kecik2 sme comel....hehe
mula2 nk bertelur susah toi dier nk cari sarang..
lepas telur 3 bijik..abes telor dier kene curik ngn monyet..cilakak punye monyet!

lepas tu aku alih wat sarang dekat ngn rak kasut depan pintu umh aku..
pagi2 aku ngk je..so pasni pagi2 leh ar aku men2 ngn anak2 ayam tu..hehe

So dah puehh ngk ayam meh kito samo2 layan lagu ni..
Org puteh pon bulih nyanyi lagu nogori ni ha...
lawak gak..ekekeke

ayam den lapeh..oiii..oiii..ayam den lapehh...huahuahuahua


Friday, January 9, 2009

Mengulit kenangan...

Masih berbunga cintaku ini
Harum dalam kenangan
Kuntum-kuntum rindu

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita...

Kasih sayang yang kita semai
Ketandusan...

Di kala aku memerlukan
Secebis rindu menghias kamar
Kegelapan...

Rela aku begini dan terus begini
Merawati kelukaan...
Semoga suatu hari ada sinar sang suria
Menerangi..

Yang berlalu biarkanlah...
Kerna aku percaya sebalik kedukaan
Ada bahagia...

Wednesday, January 7, 2009

Kenapa??

Kenapa aku ni degil sangat??
Kenapa aku tak boleh tengok org susah??
Kenapa aku ni baik sangat??
Kenapa aku ni murah hati??
Kenapa aku ni nakal sgt??
Kenapa aku ni jahat gler??
Kenapa aku suke sangat tolong org??
Kenapa aku suke sgt mencuba bende baru??
Kenapa aku sanggup buat apa saje untuk org yang aku syg??
Kenapa aku sanggup korbankan ape saje utk org yang aku syg??
Kenapa tiap kali aku mula sayang gler kt seseorang tu..dier akan mula berubah???
dan..Kenapa aku kene hadapi semua ini??
Kenapa sekarang?? Di saat aku hampir ada semua yang aku impikan...
Kenapa??Kenapa?? Kenapa???

Ada jawapan?Korg tlg la bg aku jawapan...xkisah la jawapan ape pon...
aku xkn marah..i'm a very flexible person..
so korg komen la dan bg la jawapan kt aku...


Aku yang hilang dalam terang....






Sebelum Cahaya....

Hari nk tulis ape ye??
Letak lagu letto jela..
muahaha





Layanzzzzzzzzz...

Monday, January 5, 2009

L-O-V-E

"Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."

This is a love song from Nat King Cole.
An old love song i think.. :)
The title is L-O-V-E.

I want to dedicate this song to my beloved girl in my life..
Asiah Mohd Azhar.


I love you more than all the stars in the sky.
I love you more as each moment passes us by.
I love you more with every breath I take.
I love you more with each promise we make.
I need you like a flower needs the rain.
I need you for you can wash away my pain.
I need you more each day
I need you for you are so wonderful, in every single way.
I miss you more than ever now.
I miss you because I really need you somehow.
I miss you and your touch.
I miss you for to me, you mean so much.
I want you to caress my lips the way you always do.
I want you to look into my eyes and see my love for you.
I want you to hold me close to your heart.
I want you to know that I love you, need you, miss you, and want you
And I have for every single moment, right from the start.

I L-O-V-E you dear!!!
Truly L-O-V-E you and no doubt about it!!



L-O-V-E (Nat King Cole)

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you can adore

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you can adore

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you

Sunday, January 4, 2009

Ain't that simple...

Kata org berterus terang itu sungguh menyakitkan. betul ke?
nanti aku nk wat poll tanye korg pasal tu..setuju atau x.

tapi..hakikatnya..inilah rupanya harga yg perlu aku bayar setelah aku berterus terang.
Bg aku..i don't care sme tu..yg penting aku puas..aku lega setelah aku berterus terang.
Yang tersurat sudahpon tersirat..xperlu la kter menyesal ngn ape yg dah jadi..apa yg perlu kter lakukan skg ni
adalah perbaiki diri kter supaya hari esok akan jadi lebih baik dari hari ini.
Aku akan terus perbaiki diri aku supaya
aku dpt jadi yg terbaik utk diri aku...family aku..dan especially utk gul yg plg aku syg..
nk tau sape gul tu?sape gul yg chumel dan bersuara manja tu??
nanti akan aku ceritakan ye... hehe

Semua org impikan sebuah kehidupan yang baik..yang bahagia...yang aman damai...
Bercerita pasal hidup ni..hidup aku tidak lah senang seperti org lain..
Tapi aku bersyukur dan bahagia dengan apa yg aku ada skg ni..
hidup aku ni sentiasa diuji dengan macam2 dugaan demi dugaan...
poket aku ni jarang2 sgt berisi..poket penuh?jauh skali...hahhaha
Sepanjang hidup aku....aku xpernah dapat apa yg aku nak..tipu la klo xpenah dpt tol x??hehe
memang penah dpt...tapi....xbertahan lame..aku impikan sesuatu yg kekal bersama dengan aku smpai bila2..
bila aku nak sesuatu aku mesti lakukan sesuatu untuk dapatkannya...tapi..
bila aku dah dpt..ia xkan bertahan lama...aku yakin sme ni ada hikmahnya..mungkin aku akan senang atau kaya raya akan dtg?
mane la tau kn?? hehe..

Nasib?takdir?Yaa... mmg aku yakin dgn ketentuan Ilahi..kita diuji dengan sme2 ni kerana
Allah nak tau sejauh mana kter mampu hadapinya...sbb Allah syg kter...tp tu lah..mmg sukar gler nk tempuh sme ni..
tp berbalik la smula kepada tujuan sebenar kita dilahirkan..untuk apa kita dilahirkan??
pikir2 kan lah apa tujuan sebenar kita berada di muka bumi ni...
insyaallah kita akan mampu tempuh segala apa jua ujian yg mendatang..
Doakan aku supaya aku berjaya kt atas dunia ni..dan seterusnya berjaya di akhirat..

Aku akhiri entry kali ini dengan satu lirik lagu..mungkin korg biasa dengar lagu ni..
Mari sama2 kte hayati dan fikir2kn lirik lagu ini..

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan


Friday, January 2, 2009

Bloging??

Dengan lafaz...



thanks to God because ease my finger to type word by word to start this blog.

So..blog ini telah pun terhasil tanpa sebarang perancangan.
Wahai jariku..teruskanlah berkerja untuk siapkan entry untuk ari ni..untuk hari pertama pada tahun Hijrah 1430 atau pada tahun Mahisinya 2009.

Lets me introduce myself first..ok..just call me ariff. I'm 23 years old and still looking for a job.
Kita sme biasa dengar..tahun baru azam baru..kenapa mesti mcm tu? sepatutnya..hari esok adalah azam baru untuk kita..tiap kali kita bangun pagi..pasti kan kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam..maknanya tiap2 hari kita ada azam baru..azam untuk jadikan hidup kita hari ini lebih baik dari semalam.. am i right??
tak setuju? terpulang la..masing2 ada pandangan masing2 kan..

Kita tinggal sat bab2 azam tu..meh aku nk cter pe yg aku ske wat..aku ske surf tenet..belajar ngn org about anything yg leh tarik minat aku..aku ske lepak ngn kawan2...ske tolong org..dan paling penting aku ske belajar bende yg baru....aku ni xde garang mane pon..org yg kenal aku diorg tau aku cmne..hehe..so xyah la takut..i love to make friends. Bak kata org tua2..berkawan biar seribu bercinta? biar lah satu..mmg tu yg aku pegang sbb aku ni setia orgnya...ehehheehehe
Aku perasan??nasib ar...aku mmg cmtu..aku xske mainkan perasaan org lain..dan bila aku ske ngn org tu..aku akan ske dan syg betul2... :)

Adoi...panjang plak 1st entry ni..ckp la tu..
Better i stop here for my 1st entry ni...cukup2 la tu..jari2 aku pon dah letih ni..makan x lagi..mane la poji xbalik2 ni..aku lapo ni weh...hahaha
Ok guys...chiiowwww!!!